News & Events

Malaysia – Australia Perkukuh Hubungan Diplomasi Melalui Pendidikan Tinggi

Arau, 30 Mei 2023 – Menyedari kepentingan untuk memperkukuhkan ikatan dilpomasi antara kedua negara, UiTM Cawangan Perlis hari ini telah menjadi tuan rumah kepada syarahan umum antarabangsa bertajuk Firm Friends, Ready for the Future ini diadakan di Dewan Kuliah 6, UiTM Cawangan Perlis.

Syarahan umum ini telah disampaikan Tuan Yang Terutama Dr Justin Lee, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia dalam kerangka lawatan beliau ke Malaysia. Selain mengadakan perkongsian pengalaman sepanjang berkhidmat di Kedutaan Australia, Dr Justin Lee turut menyatakan ketersediaan Kedutaan Australia untuk menerima lebih ramai pelajar, penyelidik, pensyarah serta ahli akademik untuk melawat atau melanjutkan pelajaran ke Australia.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor Pengantarabangsaan (UiTM Global) mewakili Naib Canselor UiTM, menyatakan UiTM sentiasa menyokong kepentingan untuk mengukuhkan ikatan kolaborasi dan persefahaman antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam konteks pengajian tinggi yang melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pertukaran staf dan pelajar. Tambah beliau, program seperti ini menunjukkan komitmen pihak UiTM dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang telah terjalin lebih 40 tahun lamanya terutamanya dalam bidang seperti Pertanian, Sukan, Sains Dan Teknologi, dan lain-lain.

Turut hadir bersama Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Dr. Faizal Kamarudin; wakil-wakil pelbagai institusi dan agensi Negeri Perlis, Ketua-Ketua Unit dan Fakulti, staf dan pelajar UiTM Cawangan Perlis.

 

 

WEBSITE STATISTICS

 

Users   :   34
Pageviews   :   57154
Hits   :   140059


*data from Awstats in CPanel

Contact Us

UiTM Global
Kompleks Antarabangsa

Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA


Tel

Administration Department
: (+603) – 5544 1441 / 2008 
Department of Strategic Partnerships
: (+603) – 5521 1446 
Department of International Affairs
: (+603) – 5544 2190/ 5521 1664 
Department of Ranking
: (+603) – 5521 1447 

Fax : (+603) - 5544 2042