Staff Mobility

DANA MOBILITI STAFUiTM

Program Mobiliti Staf UiTM diiktiraf sebagai salah satu inisiatif strategik utama dalam agenda pengantarabangsaan universiti, bertujuan untuk memperkasa bakat staf melalui pendedahan di peringkat global. 

Inisiatif Mobiliti Staf ini dirangka dengan teliti bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran staf sebagai pemangkin pembangunan negara dalam membentuk insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing, melalui pendedahan kepada amalan terbaik di institusi, organisasi, dan syarikat antarabangsa terkemuka di luar negara.

Sehubungan dengan itu, Dana Mobiliti Staf UiTM diperuntukkan untuk merealisasikan program tersebut, sekaligus menyokong agenda transformasi pendidikan tinggi melalui pembangunan kepakaran bumiputera profesional yang diperkasakan dengan adab, keusahawanan, ilmu terkehadapan, pembangunan bakat serta penyelidikan berimpak demi kemakmuran tanah air dan kerelevanan sejagat.

Melalui pengurusan dana yang berstruktur dan telus, Garis Panduan disediakan untuk menjamin perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan keterlihatan UiTM di persada dunia.

GARIS PANDUAN
DANA MOBILITI STAF UiTM

Garis Panduan ini disediakan untuk rujukan semua staf UiTM.

Sila rujuk notis Iklan tawaran Dana Mobiliti Staf UiTM yang terkini untuk mengemukakan permohonan.

  1. Garis Panduan
  2. Format Kertas Kerja
  3. Format Laporan

**Akses adalah terhad kepada warga UiTM sahaja

IKLAN
TAWARAN DANA MOBILITI STAF UiTM
2026

PENGUMUMAN UNTUK STAF PENTADBIRAN UiTM

PELAWAAN UNTUK MEMOHON DANA MOBILITI STAF UiTM BAGI TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM MOBILITI OUTBOUND LUAR NEGARA STAF PENTADBIRAN UiTM DI NEW ZEALAND, HONG KONG SAR CHINA, SINGAPURA, JEPUN DAN JERMAN BAGI TAHUN 2026

Pihak UiTM Global dengan sukacitanya mempelawa staf pentadbiran UiTM yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Dana Mobiliti Staf UiTM bagi melaksanakan program mobiliti outbound luar negara di New Zealand, Hong Kong SAR China, Singapura, Jepun dan Jerman bagi tahun 2026.

Permohonan dibuka mulai 03 Jun 2026 (Rabu) sehingga 24 Jun 2026 (Rabu), jam 5:00 petang.

Sila baca Notis Iklan di bawah sebelum membuat permohonan. Slot pemberian dana adalah terhad, justeru permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup, tidak akan diproses untuk pertimbangan.

Feedback Form

Please spare a few moments to
share about your experience.
*SCAN or click the QR Code image

 



Contact Us

 

 

 

 

 

UiTM Global
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         

Department

Administration Department
: (+603) – 5544 2147/ 2048/ 2685/ 2688
Department of Strategic Partnerships
: (+603) – 5521 1446

Department of International Affairs
: (+603) – 5544 6720 / 5521 1664
Department of Ranking
: (+603) – 5544 2679

 

Please publish modules in offcanvas position.