- Admin DOR
- News
- Hits: 29
The 4th Meeting of The Joint Malaysia-Russia Commission For Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation

Alhamdulillah pagi ini 11 November, menghadiri The 4th Meeting of The Joint Malaysia-Russia Commission For Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation bertempat di Langkawi International Convention Centre, dipengerusikan bersama oleh YBM KPT, YB DSD Dr Zambry Abd. Kadir. Malam tadi menghadiri juga mesyuarat precouncil yang dipengerusikan oleh YBM KPT.
UiTM menjalin kerjasama dengan Far Eastern Federal University- FEFU yang diwakili President FEFU, Dr Boris Nikolaevich Korobets dan Dr. Valeriaa. Спасибо.
FEFU and UiTM telahpun menandatangani dokumen persefahaman 5 September lalu dan akan meneruskan kerjasama dalam bidang berikut:
(1) Joint interdisciplinary research in healthcare,
(2) Advanced technologies in medicine,
(3) Joint educational programmes and academic mobility, and
(4) Joint scientific publications and collaborative grant applications.
Semoga kerjasama antarabangsa ini membawa manfaat kepada UiTM dan FEFU, insyaAllah.
Tahniah YBM DS KPT kerana memimpin perbincangan yang berkesan, memperlihat kepimpinan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Hadir sama Datuk KSU, TKSU, KPPT, KPPKK, NC UA & Swasta, dan Pegawai-pegawai Utama pelbagai Kementerian.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا



